![]() |
KOPERASI KELUARGA MUHAMMAD JABAR RAUB BERHAD (C-4-0827) |
Dari kiri: Nisbar Mohd Nasib (Pengerusi), Abdul Razak Abdul Rahman (Bendahari), Kamarul Baharin Abdul Rahman (Setiausaha)Koperasi Keluarga Muhammad Jabar Raub Berhad telah mendapat kelulusan penubuhan sebagai koperasi asas dengan liability terhad di bawah subseksyen 7(1) akta Koperasi 1993, pada 15hb Januari, 2013. Tujuan penubuhan koperasi ini adalah bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi anggota melalui pengumpulan dana dan menjalankan aktiviti-aktiviti socio ekonomi serta mengusahakan perniagaan untuk kepentingan anggota. Mengeratkan tali persaudaraan di kalangan ahli keluarga. Mewujudkan peluang perniagaan dan peluang pekerjaan di kalangan ahli keluarga.